| From : | horrko |
| Date: |
Sat, 01 Nov 2003
|
| To: | Webmaster |
| Cc: | |
| Subject: | Pengikut zikir sambil menari |
ALOR STAR: Pengikut ajaran sesat Aurad Ismailiah berkelakuan aneh apabila berzikir sambil menari seperti berada dalam disko dan sebutan zikir mereka juga sukar difahami.
Dalam VCD itu, sekumpulan lelaki yang berpakaian jubah putih dan berserban
duduk dan berzikir di sebuah masjid pada jam 5.20 dipercayai waktu pagi.
Tidak lama kemudian, kelakuan kumpulan lelaki itu mula tidak terkawal apabila
mereka mula bangun dan menari-nari seperti berada di dalam disko.
Fadzil berkata, Aurad Ismailiah diharamkan Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama
Islam Kedah (Maik) pada 1979, namun ia dikesan dihidupkan kembali di negara
ini, April lalu.
“Ajaran berkenaan kembali diamal dan disebar oleh ketuanya, Mahmud Abdul
Rahman, 50-an, dan Madarasah Nurul Iman, Batu 5, Sik, dijadikan sebagai pusat
ajaran terbabit.
“Sebelum ini, Mahmud sudah dipenjarakan selama sebulan akibat perbuatannya
itu. Mengikut pengakuan Mahmud ketika siasatan terhadapnya pada 1979, dia
menerima ajaran serta wirid yang dinamakan Aurad Ismailiah itu menerusi ilham
ketika dia gila.
“Dia juga mengaku semasa gila, dia bertapa di Gua Bukit Enggang, Sik, dan
gua itu dianggap pengikutnya sebagai Gua Hira’ manakala batu besar dalam gua
itu dikatakan Hajral Aswad,” katanya.
Beliau berkata, Mahmud menggunakan ungkapan dalam bahasa Arab yang turut tidak
difahaminya bagi menggambarkan ajaran yang dibawanya itu yang bermaksud:
“Permulaannya gila, pertengahannya aneka ragam dan akhirnya apa saja yang
dikehendaki semuanya jadi.”
Beliau berkata, sehingga kini, ajaran itu sudah tersebar di empat negeri iaitu
Negeri Sembilan, Perak, Pahang dan Kedah. Di negeri ini, keahlian ajaran itu
dikatakan sudah melebihi 100 orang.
“Pengikut ajaran itu kini meliputi pelbagai lapisan masyarakat termasuk
golongan profesional, lelaki dan wanita,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan rakaman VCD itu, jelas perlakuan pengikut ajaran
berkenaan bercanggah dengan syariat Islam dan secara tidak langsung menghina
Islam dengan memberi imej negatif kepada masyarakat.
Fadzil berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai
kewujudan kembali ajaran itu mengikut Perkara 166 (a), Enakmen Undang-undang
Agama Islam Kedah kerana kesalahan melanggar fatwa yang diwartakan.
“Sekiranya didapati bersalah di mahkamah, pesalah mengikut Perkara 166 (a)
boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000
atau kedua-duanya sekali,” katanya.
ahli ajaran sesat
sedang menari sambil berzikir.
© Copy right 1999 2003. All right reserved.